Khamis, 13 Ogos 2009

PPSMI
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.
(Sumber Wikipedia)
SEJARAH PERLAKSANAAN
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
(Sumber Wikipedia)
HASIL & REAKSI
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.
Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Melayu yang bahasa ibunda bahasa Melayu cenderung membantah perlaksanaannya.
PANDANGAN SAYA MENGENAI PPSMI........
Saya lebih cenderung ke arah menjayakan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran sains & matemaik pada dasarnya memberi banyak faedah kepada para pelajar kerana bahasa inggeris adalah bahasa yang digunakan secara meluas di dalam bidang sains dan matematik.
Akan tetapi, kaedah ini bagaimanapun telah mendapat tentangan dari beberapa pihak termasuk ahli politik. cendiakawan, para guru, ibu bapa dan murid2 itu sendiri.
Kenapakah perkara ini terjadi, mestilah ada sesuatu perkara yang tidak kena dan tidak bersesuaian dengan kaedah ini(PPSMI) yang menyebabkan berlakunya kesan penolakan daripada pihak-pihak yang tersebut.
Mari kita renungkan dari segi sejarah dan realiti kemajuan sesuatu bangsa... bagaimana tamadun eropah bangkit daripada zaman kegelapan dan menjadi tamadun yang berilmu, bagaimana tamadun China berkembang dan berdiri di atas kaki sendiri, bagaimana negara matahari terbit bangkit dari zaman kejatuhan akibat peperangan dan seterusnya berjaya membina negara mereka menjadi negara yang kompetitif, maju, dihormati dan disegani oleh pihak kawan dan lawan...
How how how.. bagaimana bagaimana bagaimana????
Salah satu faktor kejayaan mereka adalah..
mereka mendaulatkan bahasa ibunda mereka, mereka memberi keutamaan kepada bahasa ibunda mereka didalam usaha untuk memahami sesuatu bidang ilmu.. dan cara ini ternyata berkesan dan membuahkan hasil yang membanggakan kepada negara itu sendiri.
Telah menjadi fitrah kejadian manusia itu sendiri, lebih mudah untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang santai dan senang difahami.
Bahkan baginda Nabi shallallahualaihiwasallam juga ada memesan.. lebih kurang begini maknanya " sampaikanlah sesuatu ilmu dalam cara yang mudah difahami"..
Maksudnya, permudahkanlah dan jangan mempersulitkan sesuatu keadaan.
Tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa inggeris adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat bersaing dan hidup didalam dunia globalisasi pada hari ini. Untuk mengatasi masalah ini, cadangan yang dapat diberikan oleh saya ialah, kita memperkasakan dan memperbaiki pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri di semua peringkat sama ada sekolah rendah, sekolah menengah, kolej2 dan peringkat universiti.
Mari kita berjuang untuk menguasai bahasa inggeris dengan cara ini, kita ubah cara pembelajaran yang jemu menjadi lebih santai dan menyeronokkan, kita perbaiki mutu pengajaran dengan menyediakan tenaga pengajar bahasa inggeris yang berpengalaman dan berdedikasi dalam menyampaikan ilmu..
Cuba renungkan bagaimanakah caranya yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini dalam menguasai ilmu pengetahuan....
BIJAK PANDAI MEREKA TELAH BEKERJA KERAS MENYUMBANGKAN MASA DAN TENAGA UNTUK MENTERJEMAHKAN ILMU PENGETAHUAN DIDALAM BAHASA ASING KEDALAM BAHASA MEREKA SENDIRI, MEREKA TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, MEREKA MEMPUNYAI PERASAAN EMPATI IAITU MEMAHAMI DENGAN JELAS KESUSAHAN DAN KEPERLUAN SAUDARA-SAUDARA MEREKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan